Friday, February 19, 2016

#TRIPBARAI : ke PAHANG PART 2


sambungan daripada #TRIPBARAI : ke PAHANG PART 1 

dalam perjalanan menuju ke rumah caer di Temerloh , saya terlelap . bila tersedar, pandang sebelah kiri tingkap kereta nampak sebuah patung buddha besar. terlintas dalam hati ,

' eh ni macam kat Batu Cave je. ke kat pahang pun ada tempat macam ni? ke diorang cancel trip balik uitm? ah sudahh.. ' 

"sekarang kat batu cave ke? balik uitm ke?" tanya pada Akid.
"caer ni salah masuk highway. kena keluar selangor balik." hahahahaha laaaaaah.. salah masuk jalan rupanya. hati dah tenang, sambung tidur balik. kuikui

target sampai temerloh awal , dalam maghrib. tapi disebabkan salah masuk jalan , berhenti solat dulu , lambat juga sampai. hampir pukul 10 malam rasanya. akhirnya sampai ke rumah encik jeprizin dan puan aisyah :)


sebaik sampai, kami bersihkan diri. lepastu, mak caer ajak makan malam . macam biasa, bentang tikar atas lantai makan ramai ramai. seronok suasana makan malam . lebih lebih lagi lauk ikan patin gulai tempoyak ! pergh . cemni haaaaaaaa ( tunjuk tanda bagus) 
terima kasih pada mak cik Aisyah sebab belanja kami semua makan ikan patin gulai tempoyak. bertambah tambah makan .

sebelum tidur , kami duduk borak borak depan tv dulu. yang lelaki main game , perempuan biasalah cerita mana pernah habis stock ! haha . tak lama lepas tu , semua tidur kepenatan. menunggu kejutan untuk hari esok pula.

bangun pagi pagi , solat subuh .lepas selesai, semua turun padang tolong sediakan sarapan. mee hoon goreng mak caer dah sediakan. kami cuma sambung masak nasi goreng , kentang goreng, dan keropok ikan saja. yang kelakarnya , minta tolong wannad buat air teh . bila rasa, jadi air teh masin ! haha dia ingatkan gula, rupanya garam. sabar saja lah wannad ni. 

pada mulanya ingatkan nak bersarapan dirumah kemudian baru bertolak ke air terjun untuk mandi. tapi, separuh jalan sedang buat persiapan , mereka cadangkan kita bawak saja bekal sarapan ke air terjun . wah bagus betul idea ! mee hoon , nasi goreng yang dah letak dalam pinggan mangkuk , tukar masuk dalam bekas tupperware , air masuk dalam jug. kemas kemas, cari tikar , cari bakul , lebih kurang setengah jam lepas tu semua dah siap dan sedia nak berangkat ke air  terjun .




lama juga masa yang diambil untuk sampai ke Air Terjun Lubuk Yu dari Temerloh . sempatlah saya tidur dalam kereta hahaha  ( tidur saja kerja saya ni ) . dalam perjalanan, kami berhenti sebentar untuk menunggu ibu Fahmi yang nak bagi durian crepe. peh sedap ! memang berebut semua nak makan durian crepe ibu Fahmi !

lokasi Lubuk Yu ni agak  kedalam juga. tapi berkat kesabaran dan istiqamah (cehwah ! ) sampai juga. sebaik turun dari kereta , jelas nmpak air terjun yang sangat jernih! rasa terbayar dan berbaloi dengan penat perjalanan. terima kasih pada Fahmi yang mencadangkan tempat ni. memang 5 bintang hihi.

waktu tu kami pergi pada waktu bekerja dan sekolah. memang tiada orang langsung. cuma kumpulan kami sahaja. betul betul seronok kerana privasi juga ada. di situ ada disediakan sebuah pondok wakaf. (tapi tandas berkunci dan tiada surau huahua). kami bentang tikar atas pondok , bawa turun semua bekalan dan barang yang dah disediakan. bila siap makanan semua dihidangkan , sarapan pun dimulakan :) 







disebabkan semua 'kebulur' lapar tahap nak terjun dari rooftop fspu ( eh ? ) haha , makan sekejap saja dah habis. terus bersiap untuk terjun masuk air. 

keadaan air sangat dingin dan sejuk. terasa mencucuk sampai ke tulang. sebab kami pergi lebih kurang dalam pukul 9 pagi. jadi hari belum cukup panas terik. masih terasa angin sejuk pagi. aktiviti  mandi manda tu jadi lebih teruja dengan ada nya phone sony afiq yang boleh celup air tu  haha


















lama juga kami mandi. macam macam gaya berenang yang kami dah cuba. terima kasih pada cikgu wannad dan cikgu aten hihi 




lebih kurang pukul 12.30 tengahari , kami naik dari air . rancang pada asalnya nak pergi singgah mkan tengahari di warung saja. tapi bila fikir balik, bila makan di warung banyak keluar belanjanya. jadi kami buat keputusan untuk merewang masak saja di rumah caer ! huhu

dalam perjalanan balik dari air terjun , kami singgah di kedai untuk beli bahan masakkan. paling teruja nak makan , syafiq lah. nak makan asam pedas ikan kembung johor kata dia. banyak juga lauknya yang nak dimasak. tapi bila dah ke dapur, semua buat kerja sama sama. mudah kerja, cepat siap pun ya juga . 


syafiq dan asam pedas beliau






berhempas pulas lebih kurang dalam 2 jam juga akhirnya siap semua hidangan . dapatlah kami makan asam pedas ikan kembung johor , ayam goreng, ayam goreng berlada , sayur masak capcai , (tak ingat lagi menu yg lain apa haha ). makan siap lebih kurang pukul 4.30 . dah alang alang tu , kami tunggu mak caer balik kerja untuk makan sekali. dan makan lah kami sekali lagi beramai ramai huhu .

habis makan, semua bersiap untuk balik. mandi mandi , kemas baju. sebak dah rasa waktu tu mengenangkan kena menghadap semula projek projek kat studio huwaaaaaaa . nak buat macam mana, setiap yang bermula mesti ada pengkahiran. kan? sebelum balik , sempat kami ambil gambar ramai ramai jadikan kenangan.



 dan akhirnya, pulanglah kami ke uitm di hatiku pada senja senja hari yang sebak dan tinggallah caer dan besat yang nak habiskan cuti sehari dua di pahang. 



selamat tinggal pahang , ada jodoh kita jumpa lagi ya :) !






-MR-

No comments :

Post a Comment