Assalamualaikum dan hai !
Kaku pula rasa nak mulakan penulisan di blog ni. sedangkan blog sendiri terbelangkalai, tapi tak apa. demi #tripbarai sanggup gagahkan diri duduk bersila atas katil sambil tahan perut lapar ditemani kipas yang berpusing pada tahap lima. eh? huhu.
apa pun terima kasih kepada Yong yang merealisasikan juga impian kita nak buat blog trip ni. mungkin niat sebenar saja-saja untuk kumpulkan semula memori kami ( KOSMIK Studio ) sepanjang kami menuntut pengajian di UiTM ni. Nanti bila masing-masing dah habis pengajian, boleh singgah-singgah blog ni bila rindu. kenangan tak dapat nak ulang, cuma boleh dikenang :) Tapi disebalik tu juga mungkin sedikit sebanyak pengalaman kami sebagai #tripbarai dan #trippokai ni boleh diguna pakai oleh pengunjung lain. sebab tu insyaallah kami akan wujudkan entri dalam versi dua bahasa, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris .
Niatnya dah lama nak terbitkan entri #tripbarai ke Pahang ni namun bahan-bahan sepanjang perjalanan kami ke sana baru saya perolehi dari Akid pada petang tadi. secepat mungkin juga malam ini saya cuba untuk terbitkan.
Perancangan kami untuk ke Pahang ni sama sekali tak dirancang. Spontan. Kami cuba untuk menyediakan segala persiapan dalam masa yang terhad. lebih kurang cuma satu jam untuk kemas kain baju dan semua peralatan !
kami cuma menyewa sebuah kereta MyVi di kampus UiTM Shah Alam. waktu itu masing-masing sedang sengkek (tiada duit). makanya, hari itu kami cuma menyewa sebuah kereta MyVi yang berharga RM50. pada mulanya kami sangat teruja dengan kadar harga yang begitu rendah bagi sebuah kereta MyVi jika nak dibandingkan dengan kadar harga penyewa yang lain , rata rata mengambil harga sehingga RM120 untuk sehari. tapi bila dah dapat, agak mengecewakan . kondisinya tidak terlalu baik. jadi kami putuskan selepas ini, adalah lebih baik bermahal sedikit tapi terjamin keselesaan dan keselamatan.
*anda boleh cuba untuk menyewa dengan pihak ini sekiranya anda merupakan pelajar UiTM Shah Alam atau sekitar Shah Alam . Sudah beberapa kali kami berhubung dengan pihak ini dan kami amat berpuas hati dari segenap aspek .
011-20691154
016-9562888
017-3140073
Pada mulanya kami (mas, yong, dira, elina, zai) menyewa kereta sekadar untuk menghantar salah seorang daripada rakan #TripBarai (zai) untuk ke KLIA . sebaik sahaja selesai menghantar Zai sekitar jam 6 petang, kami pergi ke Sunway Pyramid sekadar untuk menghabiskan sisa masa menyewa kereta sehingga jam 1 pagi nanti. namun baru sahaja kami menghabiskan masa lebih kurang 2 jam , salah seorang daripada rakan kami bertanyakan di whatsapp sama ada kami ingin menyertai mereka untuk berkonvoi ke Pahang. fikir juga kami dua tiga kali. fikirkan poket koyak , assignment projek belum siap . tapi bila fikir betul betul, pengalaman sebegini cuma datang sekali. terus setuju !
kami bergegas pulang ke UiTM kerana elina perlu pulang kerumah dan tak dapat ikut kami ke pahang. pulang ke kolej, mengambil segala barang keperluan , bersiap sekadar 'siap' dan terus berkumpul di hadapan fakulti ( FSPU ). sebelum tu kami sempat juga menelefon pihak penyewa kereta untuk menyambung masa menyewa dan menukar kereta yang lebih baik. alhamdulillah ada. tapi kurangnya kereta itu bahagian yang lain pula :'D haha . tak apa. tu saja rezeki kami.
jadi lebih kurang dalam pukul 11 malam , kami mula bergerak ke Cameron Highlands dengan 3 buah kereta kesemuanya :)
perjalanan kami dari Shah Alam ke Cameron Highlands Pahang mengambil masa lebih kurang 3 jam. disebabkan kami bergerak pada pukul 11 malam , jadi kami sampai disana juga pada awal pagi. lebih kurang pukul 2 ke 3 pagi juga. pemanduan kami disana diketuai oleh manjat , disebabkan dia agak pakar selok belok perjalanan di Cameron Highlands. sampai di suatu tempat , kami berhenti sebentar bagi menghilangkan penat lelah dan melegakan sendi sendi tulang yang mengeras duduk kaku 3 jam didalam kereta.
|
merenggangkan badan seketika :)
dari kiri : imei, afiq, rahim (depan), manjat, wannad, wansha, mas, aten |
|
wannad dan sengihannya yang 'wauwwwwwww' |
|
menunggu dihadapan stesen minyak petronas.
dari kiri : aiman , dira, yong, mas, caer . |
disebabkan kedatangan kami disana terlalu awal, dan kebetulan masing masing kelaparan. mungkin memang belum makan ditambah pula dengan angin dingin dari tanah tinggi Cameron ini , membuatkan selera dan ingatan kami terus teringat pada Mamak Hakim dan Barra di Shah Alam. hihi
hampir setengah jam juga melepaskan lelah, perjalanan disambung semula namun ditambah dengan misi mencari kedai makan dikawasan sekitar. beberapa buah kedai makan yang masih 'buka' kami singgah , tapi kesemuanya sudah berkemas mahu tutup. dan akhirnya kami jumpa juga sebuah kedai makan mamak (maaf , tak ambil pula gambar kedai) tapi awal awal beritahu, harga yang dikenakan atas kami sedikit mahal. mungkin juga disebabkan waktu itu cuma kedainya saja yang beroperasi dan muka kami memang muka terdesak mahukan makanan haha. saya cumakan maggi goreng dan teh tarik , harganya jika tidak silap hampir RM10 .
kami melepak dikedai makan tersebut agak lama. sekadar menghabiskan masa sementara menunggu subuh. hampir ke jam 4.30 pagi juga baru kami bertolak mencari surau terdekat. setelah jumpa, subuh masih belum waktunya. masing masing melelapkan mata didalam kereta sehingga waktu subuh. waktu nak mengambil air wudhu' , sejuknyaaaaa ! sudahlah keadaan di Cameron memang sudah sedia dingin. ditambah lagi dengan suasana pagi subuh. berganda ganda sejuknya! sampai ke tahap sejuk mencucuk cucuk dijari. alhamdulillah, selesai sudah solat subuh berjemaah di surau.
perjalanan diteruskan lagi dan dibawa oleh manjat. manjat bawa kami ke jalan yang berbelit belit. masuk sana , masuk sini. naik bukit turun bukit. saya sendiri tak pasti tempat yang lebih spesifiknya. haha. apa yang saya ingat, jalan untuk ke simpang kecil itu berdekatan dengan Teh Tarik Place !
dan perjalanan berbelit belit manjat amat berbaloi ! akhirnya kami disajikan dengan pemandangan yang cukup cantik ! tak terungkap kata waktu melihat dengan mata kepala sendiri. yang lebih menarik, ditempat yang 'tersembunyi' itu juga kelihatan sebuah dua van pelancong yang membawa pelancong dari luar negara.
|
pelancong luar negara :) |
cantik sangat dapat tengok matahari naik depan mata :) terpegun. namun tak berlama kami disana. perjalanan perlu diteruskan lagi. tdak jauh dari tempat cantik ni , manjat bawa kami ke pasar berdekatan. Pasar ini biasa saja. ada jual serba sedikit cenderahati untuk dibawa pulang seperti baju tshirt,keychain,bermacam lagi. tapi sudah tentu wajib ada strawberry segar mahupun strawberry jeruk. tapi waktu tu kami cuma beli aiskrim strawberry. pagi pagi sudah makan aiskrim. bila bercakap, keluar asap dari mulut. masing masing 'jakun'. rasa seperti berada di luar negara yang sejuk. kelakar!
|
ada bunga di sini yang diawet dan tahan untuk tempoh 2 tahun ! |
diakhir perjalanan kami dipasar ini, syafiq selaku photographer minta kami untuk berkumpul dan mengambil gambar yang cukup diantara kami semua . kami minta tolong pada mak cik yang berjualan disitu untuk tolong ambilkan gambar. bukan senang nak datang ke sini, jadi bila dah sampai tak salah tunjuk jakun sekali sekala hihi
|
cubaan pertama syafiq mendominasi camera |
|
cubaan kedua syafiq mendominasi camera |
|
cubaan paling melampau syafiq mendominasi camera |
|
akhirnya, gambar 'sempurna' tanpa gangguan syafiq mendominasi hihi :p |
selesai jalan jalan cuci mata di pasar, kami teruskan perjalanan ke ladang teh :) saya boleh jamin, anda yang sukakan kehijauan mesti sukakan tempat ni!
ada cafe di sini. pengunjung yang datang boleh duduk relaks relaks sambil minum sebarang dua cawan untuk panas kan badan. dalam ramai ramai daripada kitaorang yang datang situ, Akid sorang yang beli waffle. itu pun kongsi kongsi 4 orang haha. kami ke sana sedikit teruja meilhat pemandangan ladang teh yang tersusun cantik disebelah cafe. lebih menarik,pengunjung boleh turun ke ladang teh dan lihat daun teh dengan lebih dekat. saya siap petik sehelai dua daun teh disana dan bila nak naik tangga semula baru perasan "dilarang memetik daun teh" hahaha . rezeki . ada lagi daunnya dalam handbag :p
|
syafiq koboi :) |
|
wannad , aten :) |
|
manjat, afiq :) |
|
imei SRK hahahaha :p |
|
besat , syafiq . |
kami tidak berlama disitu. lepas puas jamu mata dengan hijau dauh teh , kami mulakan lagi perjalan ke Fraser's Hill pada pukul 11.30 pagi. perjalan dari Cameron Highlands menuju ke Fraser's Hill agak lama. memakan masa lebih kurang 3 jam lebih untuk tiba di Fraser's Hill.
mulanya kami semua teruja sepanjang perjalanan menuju ke Fraser's Hill. maklum saja, di kepala terbayang deretan bangunan yang bertemakan inggeris. pasti cantik!
|
rahim, imei, wannad, wansha,aten |
tapi... perasaan teruja tu makin lama makin pudar sebab lamanya rasa nak naik puncak . tambah lagi dengan keadaan jalan yang berpusing pusing sambil menaiki bukit curam. rasanya jalan ke situ lebih teruk daripada perjalan ke cameon highlands. jalannya juga sempit. beberapa oarang dari kami sudah mula menahan mabuk. sampai sahaja di atas fraser hills, kami berhenti di surau. usaikan solat jamakzohor dan asar. rehat sebentar. hilangkan mabuk.
lepas siap solat, sebuah kereta dari kami hampir kehabisan miyak. tanya orang disekitar, atas sana memang tak ada stesen minyak tapi ada sebuah kedai runcit pemilik india ada jual minyak petrol. kalau dah kata dia satu satunya yg menjual, harga memang tak perlu ckap lah. mahal sikit huhuhu tapi dah terdesak, beli juga. jadi siapa yang nak naik ke fraser hills, isi minyak dahulu. kerana jalan nak naik dan turun agak jauh. rancangan asal nak naik ke situ untuk mandi air terjun. waktu kami solat, sekumpulan yg lain cari tmpat air terjun. tp tak jadi mandi di sana. saya tak pasti sama ada air terjun itu tutup atau punramai orang atau ada sebab lain. sudahnya, tak sempat nak berjalan sangat dah kena turun semula haha.
atas sana ada banyak kedai makan, rumah rehat, surau, kedai runcit, pejabat pos, klinik kesihatan, atm, dan beberapa kemudahan lain. tapi kami tak sempat nak teroka sepenuhnya. perjalanan diteruskan. bahaya juga perjalanan balik, kerana bila turun dibukit yang curam kelajuan kereta juga bertambah. banyak selekoh tajam. perlu berhati hati !
dalam perjalanan balik, dua orang daripada kami mula tak dapat tahan mabuk. kereta terpaksa diberhentikan di bahu jalan sebab mereka muntah. lebih lebih lagi kak yong. muntah sampai nak pitam. nasib baik juga ada persediaan. kami berikan mereka minyak angin , gula gula angin , panadol, dan air mineral. bila mereka sudah mula stabil, perjalanan diteruskan.
dalam perjalanan untuk pulang ke rumah caer , kami singgah disebuah gerai cendol. berhenti sekejap, hilangkan lelah memandu dan duduk dalam kereta. makan cendol dan laksa penang petang petang , memang seronok :)
habis makan, kami terpaksa hantar aiman papa rep ke ktm memandang esok hari studio langit kosmik ada last marking untuk final project. dengan berat hati, aiman tak dapat teruskan perjalanan dengan kami.
kami putuskan cukup sampai situ untuk kami 'berjimba' bagi hari ini. dan kami terus menuju ke rumah caer untuk menginap.
bersambung..